Wednesday, February 27, 2008

Pengurusan & Perniagaan HALAL & THOYYIB

Pengenalan Amalan Pengilangan Islamik
(Islamic Manufacturing Practice - IMP)
Satu usaha ke arah penghasilan makanan 'Halalan' lagi 'Thoyyiba'.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Kepentingan makanan yang halal dan baik dan hubungkaitnya dengan diri seorang Muslim ialah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Renungi hadith-hadith berikut :
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya. Riwayat at-Tabarani.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul” Riwayat Muslim
“TIDAK akan memasuki syurga DAGING yang tumbuh daripada yang HARAM” Riwayat Imam Ahmad.
Memahami Perbezaan GMP dan IMP
Secara umumnya GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci dari kontiminasi yang was-was.
Pengenalan Pengilangan IMP
Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf ’Halalan Thoyyiba’, iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak mengandungi bahan-bahan haram atau kontaminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya.
Seorang muslim bukan sahaja dikehendaki oleh syara’ memakan makanan yang suci lagi halal tetapi Islam juga mengajar umatnya agar memastikan ruh Islam turut dipelihara dengan cara-cara tertentu agar kita bukan sekadar mendapat kekenyangan malah kita juga memperoleh keberkatan daripada makanan tersebut. Oleh sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar agar membaca Bismillah sewaktu makan, agar perbuatan tersebut dapat menjamin kesucian ruhani dan jasmani diri.

Natijah daripada ini, konsep IMP menekankan bahawa kilang yang hanya suci lahiriah semata dari sebarang kontaminasi bahan haram sahaja tidak mencukupi untuk mempengaruhi peribadi, akhlak mahupun pegangan seseorang terhadap agamanya, atau dalam erti kata lain, seseorang itu akan hanya mendapat kekenyangan fizikal sahaja. Lebih buruk lagi, kadang-kadang makanan ini melahirkan fikiran dan perasaan yang jumud dan materialistik, lebih-lebih lagi apabila disokong oleh iklan yang menjual budaya kebaratan yang tidak sesuai dengan norma Islam. Hari ini kita hanya mampu melihat anak-anak yang dibesarkan dengan makanan yang hanya halal lahiriah, tetapi menyebabkan jiwa dan ruhani mereka beku daripada taqwa ilallah.

Ini bukanlah bermakna bahawa IMP mempersoalkan pengiktirafan halal yang diberi oleh pihak-pihak yang relevan.

Namun prinsip di dalam IMP ialah sebagaimana ibadah-ibadah lain, terdapat tata tertib, akhlak dan etika Islamiah yang perlu dipatuhi khususnya dalam penyediaan makanan bagi mengharapkan ridha serta barakah ilahi terhadap makanan yang disediakan.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang sentiasa dititikberatkan dalam sistem Amalan Pengilangan Islam:

1. Syarat pada Pengilang

  • Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan

  • Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.

  • Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT KELAK.

  • Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.

  • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.

2. Syarat pada Kilang dan Peralatan/ Bahan

  • Susunan dalam kilang mengikut syariat.

  • Tidak ada muzik.

  • Ada Nur bacaan Al-Quran.

  • Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).

  • Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.

  • Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.

  • Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.

3. Syarat pada Pekerja/Operator

  • Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat).

  • Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.

  • Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.

  • Sentiasa ada air wudhu.

  • Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.

  • Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

  • Perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Semoga usaha ini akan mendapat sambutan masyarakat Islam serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.



ISLAM DAN PERNIAGAAN

Ulasan : PROF MADYA SYED OMAR BIN SYED AGIL

Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna(ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan. `Tidak Kami abaikan sesuatu pun dalam Al-Kitab'

Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang.

`Dan tidak kami utuskan kamu( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam'

Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan `Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukum-hukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti.

Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan. Malah adalah suatu hakikat bahawa perkembangan dunia Melayu dan perniagaan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Sejarah bangsa Melayu telah mempamirkan satu hubungan yang begitu jelas antara keduanya. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalm bentuknya yang tersendiri pada awal abad 15 dengan tersebarnya agama Islam dan terbinanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dapat di kaji dalam dokumen-dokumen sejarah seperti Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang, Suma Oriental of Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa, Rihlah Ibn Batuta, Undang-Undang Laut Melaka dsbnya.

Falsafah Umum

Falsafah umum perniagaan yang menjadi asas kehidupan Muslim.

Falsafah ialah pegangan individu atau masyarakat mengenai ketuhanan, manusia, kebahagiaan dan persoalan-persoalan asas kehidupan. Falsafah ini akan menentukan sikap seseorang itu terhadap dirinya, orang lain dan kerjanya. Sikap ini akan memberikan kesan terhadap tindakan dan gelagatnya dalam mengendalikan kerjanya.

FALSAFAH ISLAM ADALAH DIASASKAN OLEH TAUHID.

Definasi tauhid : secara umumnya ia bermaksud mengakui dan mempercayai keesaan Allah.

Kepercayaan dan keyakinan ini merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Adanya tuhan langit dan bumi.
  2. Ia pencipta keduanya dan segala yang ada diantara keduanya.
  3. Ia pemilik segala yang ada dialam ini.
  4. Pemberi rezki kepada setiap yang hidup.
  5. Pentadbir setiap perkara.
  6. Mengesakan Allah dengan ibadat.
  7. Taat sepenuhnya dan tunduk kepadanya serta tidak menyembah kecuali kepada dia sahaja.
  8. Melaksanakan perintahnya dalam segala aspek kehidupan.

KESAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA(1)

A. Memberikan Misi Yang Jelas Dalam Setiap Pekerjaan.

Misi setiap muslim yang diserapkan dengan tauhid ialah untuk melaksanakan perintah Allah dalam setiap aspek kehidupannya - dalam kehidupan individu, berkeluarga, masyarakat dan bernegara. Dalam sistem ekonomi, politik dan sosial.

Dalam setiap aktiviti dan kegiatannya dia akan berusaha untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Apa yang dikehendaki oleh Allah itulah apa yang akan dibuat olehnya.

Dengan cara ini manusia muslim akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu `Al-Falah' iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.

sekiranya ditanya `apakah misi organisasinya atau pekerjaanya'. Dia akan menjawab `sebagaimana yang dituntut oleh Islam'. Untuk tujuan ini, ilmu pengetahuan yang sesuai adalah diperlukan supaya dia tahu apa yang dituntut oleh Islam itu dalam pekerjaannya dan hidupnya.

B. Membebaskan Manusia.

Dalam peperangan Qadisiyah apabila Rib'i b. `Amir berdiri dihadapan ketua perang Parsi, Rustam untuk menjelaskan matlamat kedatangan Islam, beliau menjawab:

`.........Dan untuk membebaskan manusia daripada memperhambakan diri kepada manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada satu dunia yang lebih luas dan daripada penindasan agama lain kepada keadilan Islam'

__________________________

(1) Al-Qardawi Yusuf "Pengertian Tauhid" terjemahan AbdulMajid Abdullah, Pustaka Salam, 1987.

Dengan tauhid kita dapat diselamatkan dari tunduk kepada manusia dan terkungkung dengan pendapat seseorang. Dengan ini jiwa manusia dan hidupnya bebas dari tunduk, merendah, menghina dan menyerah kepada yang lain dari Allah.

C. Membentuk Peribadi Yang Seimbang

Peribadi yang seimbang atau `Balanced Personality' banyak disebut oleh `guru-guru pengurusan' barat atau western `Management Gurus' termasuklah Stephen Covey. Secara teorinya ianya sesuatu yang boleh diperkatakan. Tetapi secara praktisnya, ianya hanya boleh dibentuk dalam satu masyarakat yang beragama.

Masyarakat sekular tidak akan dapat melahirkan peribadi yang seimbang walaupun ianya disebut berulang-ulang kali.

Peribadi seimbang yang dilahirkan melalui tauhid ialah seimbang dari aspek roh dan jasadnya, `akal dan nafsunya, ilmu duniawi dan akhirat, manusia yang inovatif dan kreatif, sabar dan tegas, mempunyai visi dan misi dalam kehidupannya serta cekap dan ikhlas dalam memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat dan bersifat proaktif dalam menangani permasalahan dalam kehidupannya, serta berjaya dalam hidup didunia dan persediaannya untuk akhirat. Seimbang juga bermaksud mampu melahirkan suasana yang baik samada dipejabat atau organisasinya dan dirumahtangganya. Semuanya dalam keadaan yang stabil dan harmoni.

D. Sumber Kebahagiaan Dan Ketenangan Jiwa

Stephen Covey, salah seorang guru pengurusan terkenal telah menyebut satu masalah yang biasa kita dengar dikalangan `Top Executives' dan ahli perniagaan yang telah berjaya:

`Everyone tells me i'm highly successful. I've worked and scraped and sacrificed, and i've made it to the top. But i'm not happy. Way down inside i have this empty feeling. It's like the song says,'is that all there is?

most of the time, i just don't enjoy life.....(first things first)

Sebenarnya dengan tauhid hati seseorang dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan. Ia telah menutup pintu ketakutan, takut tentang rezki, takut kepada ajal, takut kepada diri, takut kepada keluarga dan anak-anak, takut kepada manusia dan takut kepada mati.

Adapun seseorang mukmin yang mentauhidkan Allah, ianya tidak takut kepada sesuatu atau seseorang kecuali hanya kepada Allah.

Sebab itu ia sentiasa dalam keadaan bahagia dan tenang.

E. Tauhid Asas Persaudaraan Dan Persamaan

Persaudaraan dan persamaan tidak akan tercapai dalam kehidupan manusia, bila terdapat dikalangan manusia ada yang menjadi tuan kepada manusia lain. Tetapi bila semua manusia itu dikira sebagai hamba Allah maka ianya adalah sebagai punca dan asas persaudaraan dan persamaan diantara sesama manusia.

Hatta dalam pekerjaan sekalipun semangat ini jelas kelihatan sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

`Pekerja kamu adalah saudara kamu. Mereka yang bekerja dengan kamu telah dijadikan tunduk dibawah kamu oleh Allah.'

Apabila kita percaya kepada Allah yang esa dan seterusnya mengabdikan diri seluruhnya kepada Allah maka akan lahir satu keadaan dimana mereka yang berbuat demikian akan bersaudara tidak ada perbezaan kaum dan tidak ada perbezaan warna kulit.

F. Kesan Tauhid Terhadap Akhlak

Kesan daripada perkara diatas akan lahir individu-individu yang berakhlak mulia dan amanah. Dia seorang yang konsisten dalam menjalankan tugasnya dengan cekap dan penuh tanggungjawab(akauntabiliti) kerana ikatannya hanyalah kepada Allah dan tidak pada orang lain.

KONSEP MANUSIA

Dalam Islam manusia adalah gabungan ruh dan jasad. Oleh itu kedua-dua unsur ini haruslah dibangunkan dan dipertingkatkan.

Imam al-Ghazali telah menggariskan empat jalan untuk mencapai kebahagian iaitu:

a. Memenuhi keperluan ruh

b. Memenuhi keperluan jasad

c. Memenuhi keperluan luaran

d. Memenuhi keperluan kepada petunjuk ilahi

Disamping itu manusia adalah `Khalifatullah fi Al-ardh' yang diberi amanah untuk membangunkan alam ini oleh Allah. Segala apa yang ada dibumi adalah milik Allah dan manusia diberikan hak sementara. Manusia akan disoal oleh Allah terhadap apa yang dibuat dengan harta yang diperolehinya.

Oleh itu kriteria yang digunakan oleh manusia untuk membuat keputusan tidak hanya dibatasi oleh dunia ini sahaja tetapi juga merangkumi alam akhirat.

FALSAFAH PERNIAGAAN.

Falsafah perniagaan dalam perspektif barat adalah sebahagian daripada misi institusi perniagaan itu yang menggabungkan 3 aspek penting:

1. Tujuan - kenapa institusi atau organisasi perniagaan itu wujud?

2. Strategi

3. Nilai dan etika kerja - polisi dan etika yang memandu sesuatu perniagaan dalam operasinya. Ia menjelaskan bagaimana seseorang pengurus perniagaan dan pekerja seharusnya bertindak.

TUJUAN

Secara umumnya tujuan atau `purpose' perniagaan dari perspektif barat ialah untuk mendapat keuntungan. Walaubagaimanapun matlamat perniagaan telah malalui perubahan peradigma. Bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Perubahan ini adalah kesan daripada pengalaman masyarakat barat yang telah merasai kepahitan dari kualiti yang rendah dan keselamatan yang tidak terjamin apabila keuntungan sahaja yang menjadi tujuan perniagaan. Malah mereka menganggap tanggungjawab sosial sebagai satu cara untuk meningkatkan imej sesuatu organisasi perniagaan dalam sebuah masyarakat. Dengan cara ini dari sudut jangka panjang syarikat tersebut akan dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Ada berbagai-bagai tanggapan dikalangan ketua-ketua eksekutif atau pengurus-pemgurus syarikat dibarat mengenai tujuan atau falsafah perniagaan:

1. Untuk kebajikan pemegang-pemegang saham syarikat.

  1. Untuk kebajikan pengguna

3. Untuk kebajikan pemilik-pemilik syarikat(perkongsian)

4. Untuk kepentingan pemegang saham, pekerja, pengguna dan `suppliers'

5. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi lelaki dan wanita yang bekerja( yang tidak menjejas alam sekitar, atau meningkatkan perkhidmatan pengguna, etc). Sesuatu yang melewati batas kepentingan diri keempat-keempat golongan tersebut. Sesuatu yang memberi `sense of mission' kepada syarikat tersebut.

STRATEGI

Ini menentukan logik perniagaan itu. Pihak pengurusan harus mengenalpasti suasana atau keadaan pasaran tempat ia akan bersaing. Ia harus juga menentukan apakah ciri kekuatan yang membolehkannya berada dalam keadaan yang selesa dan dominan. Umpamanya, strategi untuk mengeluarkan barangan yang berkualiti tinggi.

NILAI DAN ETIKA

Ini menjelaskan bahawa perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sese uab syarikat dan mereka yang mempunyai hubungan dengannya bukan sahaja baik dari sudut strategi untuk meningkatkan jualan tetapi ianya juga baik dalam ertikata yang sebenarnya. Hanya apabila seseorang pekerja itu mempunyai nilai peribadi yang selari dengan nilai organisasi atau syarikat yang dia bekerja, komitmen serta penglibatannya akan bertambah. Aspek yang perlu diberi penekanan,

- Kerjasama dan perundingan sebagai satu pasukan.

- alam sekitar

- hubungan pihak pengurusan dan pekerja, pengguna dan sebagainya.

- Kualiti barangan yang tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Berdasarkan pandangan barat organisasi atau syarikat itu akan berjaya apabila perkara-perkara ini digabungkan iaitu, apabila strategi, nilai dan etika digabungkan dengan satu tujuan yang unggul yang melewati batas kepuasan kumpulan-kumpulan tertentu.

BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN SEMATA-MATA

Sesebuah syarikat tidak akan hidup dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengenepikan aspek-aspek lain dari sudut jangka panjang. Dia dapat `Survivie' dari sudut jangka pendek.

Tetapi apabila masyarakat dapat menilai kesan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan serta perkhidmatan pengguna atau pembeli yang disediakan maka syarikat tersebut akan menerima kesan yang buruk.

Akhirnya jualan dan keuntungannya akan mulai menurun kerana tidak kompetitif dari sudut kualiti dan perkhidmatan(bagaimana kita melayani pembeli etc., mengakui kesilapan, senyuman menghadapi pembeli yang rumit, etc).

FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM

Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam. Berbeza dengan barat dimana falsafah perniagaan mereka bertukar atau berubah berdasarkan pengalaman mereka.

TUJUAN SYARIKAT ATAU PERUSAHAAN DIWUJUDKAN

Tujuan tidak boleh dipisahkan daripada falsafah Islam yang diasaskan oleh tauhid. Ia mencerminkan kesan tauhid dalam kehidupan manusia sebagaimana yang telah disebutkan.

MEMENUHI TANGGUNGJAWAB AGAMA

Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama.

A. Ini Sesuai Dengan Tujuan Syari'at Diturunkan.

Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia

yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:

1. Agama

2. Nyawa

3. Akal

4. Keturunan

5. Harta

Masa'lih - segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima atau daripada perkara ini.

Mafa'sid - segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini.

Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.

1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.

2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang. Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.

3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.

Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut: (2)

  1. Keperluan diri secara sederhana
  2. Keperluan keluarga
  3. Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
  4. Keperluan anak-anak akan datang
  5. Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dll.

B. PEMBANGUNAN MENTAL, SPIRITUAL DAN JASMANI MANUSIA

Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin.

_________________________

(2) Siddiqui, M.N , The Economic Enterprise in Islam, Islamic Publications Ltd, 1988.

Rasulullah S.A.W Bersabda:

`Sesungguhnya kefakiran itu mendekatkan diri kepada kekufuran'

Rasululah S.A.W Bersabda:

`Tidak salah harta ditangan orang yang bertakwa'

C. HARTA SEBAGAI ALAT BUKAN MATLAMAT

Dalam Islam apa sahaja yang kita lakukan untuk mencari harta adalah dilihat sebagai alat untuk mencapai matlamat yang unggul iaitu untuk mentaati Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:

`tidakku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku'

(az-zariat, ayat 56)

Oleh itu termasuk diantara tujuan perniagaan ialah untuk usahawan mendapatkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan kepada mereka kerana usaha dan risiko yang harus mereka tanggung.

D. CONTOH DIZAMAN AWAL ISLAM

Kita akan dapati bahawa ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang telah berjaya sebagai pedagang dan peniaga walaupun pada awalnya mereka menghadapi banyak kesukaran dan rintangan. Malah boleh dikatakan bahawa Rasulullah telah berjaya melahirkan satu masyarakat perdagangan yang tumbuh dengan cepat selepas penghijrahan baginda ke Madinah.

PERNIAGA DAN USAHAWAN DILAHIRKAN MELALUI MOTIVASI

Rasulullah sebagai ketua negara telah memberikan motivasi dan galakkan kepada rakyat negara Islam dalam hal perdagangan.

Rasulullah telah bersabda:

`Didorang atas kamu ialah perniagaan kerana didalamnya ialah sembilan perspuluh daripada rezeki'.

Zubair Bin Awwam

Semasa hijrah Rasulullah ke Madinah Zubair telah pergi ke Syria untuk berniaga. Kemudian beliau mengikuti jejak Rasulullah ke Madinah dan meninggalkan segala hasil perniagaannya di Mekah.

Semasa beberapa tahun di Madinah Zubair hanya memperolehi pendapatan yang sedikit dari bidang pertanian. Dia terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan. Kemudian berkat kesabaran dan ketabahan beliau telah memulakan bidang perniagaan dan akhirnya menjadi orang yang kaya di Madinah.

Abdul Rahman Bin Auf

Beliau merupakan seorang pedagang yang cekap dan pandai berniaga. Beliau merupakan pedagang yang terkaya di Mekah. Apabila beliau memeluk Islam beliau telah meninggalkan segala hartanya di Mekah dan ikut berhijrah ke Madinah.

Sampai di Madinah beliau terus mencari pasar untuk berniaga dan mampu bersaing dengan golongan pedagang yang sudah lama berdagang disana dan kemudian menjadi kaya.

Othman Bin Affan

Beliau merupakan seorang sahabat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan merupakan diantara sejumlah kecil yang mampu membaca dan menulis di Mekah. Apabila beliau dewasa beliau telah membabitkan diri dengan kegiatan perniagaan dan berjaya memperolehi keuntungan yang banyak.

Apabila beliau berhijrah ke Madinah beliau telah membantu umat Islam yang dalam kehausan dengan membeli sebuah telaga kepunyaan orang yahudi dengan harga 35,ooo dirham kerana orang yahudi tidak membenarkan orang Islam menggunakannya.

KEUNTUNGAN DAN ETIKA PERNIAGAAN

Sebagaimana yang disebut diatas bahawa keuntungan adalah sesuatu yang menjadi hak kepada seseorang usahawan dari pandangan Islam. Keuntungan yang diperolehi itu harus digunakan berdasarkan apa yang menjadi tujuan kewujudan sesuatu syarikat itu.

Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali :

`Adalah menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat'(warkah beliau kepada malik bin al-haris sewaktu perlantikan sebagai gabenor mesir)

Walaubagaimanapun keuntungan seharusnya diperolehi melalui usaha-usaha dan kegiatan yang tidak bercanggah dengan etika perniagaan yang ditetapkan oleh Islam.

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN

Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek `Ethos' yang memberi maksud `Code Of Human Conduct' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

SUMBER ETIKA PERNIAGAAN

Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hukum Islam iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah. Sabda Rasullulah "Aku tinggalkan kerana 2 perkara sekiranya kamu pegang kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Selain daripada itu ia juga dibincangkan oleh ulama'-ulama' dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu fiqh al-mu'amalat.

Secara umumnya adalah penting untuk kita memahami maqa'sid al-shari'ah atau tujuan shariah untuk menentukan bentuk dan kandungan kegiatan perniagaan kita (apa yang hendak dikeluarkan, bagaimana dan mengapa).

Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan kita akan diredhai oleh Allah. Kita perlu menjawab soalan-soalan ini dengan berpandukan etika perniagaan Islam:

1. Bolehkah perkhidmatan atau barangan ini dikeluarkan? Kalau tidak boleh kenapa?

2. Kalau boleh, adakah kandungan barangan tersebut dibenarkan dari sudut halal atau haramnya, dan dari sudut kualiti agar ia tidak merosakkan kesihatan akal dan jasmani pengguna.

3. Adakah cara pemasaran barangan dan perkhidmatan tersebut bertentangan dengan etika Islam?

4. Adakah upah yang diberikan kepada pekerja kita berpatutan dengan kerja yang dibuat? Bagaimana dengan suasana pekrjaan, adakah sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti?

5. Adakah kerja memproses barangan dan perkhidmatan memberi kesan negatif kepada alam sekitar?

  1. Adakah pembiayaan kewangan bagi mengeluarkan barangan atau menyediakan

perkhidmatan tersebut sesuai dengan prinsip Islam?

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 'PRINSIP TIDAK MEMUDARATKAN' ATAU 'NO INJURY PRINCIPLE'

Dalam menggariskan etika perniagaan, Islam menjadikan 'Prinsip Tidak Memudaratkan' atau 'No Injury Principle' sebagai asas penting. Prinsip ini merujuk kepada peraturan yang meggerakkan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan dalam hubungan sesama mereka dan yang memberi kesan di luar organisasi. Hubungan yang berasaskan prinsip 'tidak memudaratkan' ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merjujk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar.

Prinsip ini bersifat universal dan boleh dipraktikkan dalam semua aspek dan dimensi kehidpan manusia. Ia bukan sahaja melarang tindakan atau sikap yang memudaratkan orang lain tetapi juga memudaratkan diri sendiri. Apabila seseroang atau satu organisasi itu berusaha untuk tidak memudaratkan diri sendiri atau orang lain kehiudpan dan kegiatanya menjadi seimbang, keberkatan ilahi dan kecemerlangan dalam pencapaian matlamat perniagaan dapat di perolehi.

Dalam konteks pengeluaran dan perkhidmatan pengamatan prinsip 'tidak memudaratkan' ini akan memastikan bahawa sesebuah oraganisasi perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual dan fizikal masyarakat dan individu. Aspek pemeliharaan alam sekitar juga akan diberi penekanan yang sewajarnya. Pengguna akan dapat kualiti produk dan perkhidmatan yang dikehendaki.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"

Ini bersesuaian dengan tujuan Syariat Islam diturunkan untuk memelihara lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang memelihara mana-mana perkara asas ini digalakkan (masa'lih) dan segala yang boleh memberi kesan negatif kepada salah satu daripada kelima-lima ini dilarang (mafa'sid).

Oleh itu Islam menekankan aspek kualiti dalam bentuknya yang menyeluruh. Prinsip 'tidak memudaratkan' akan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Dalam aspek pengurusan organisasi korporat prinsip ini sekiranya diserapkan di semua pringkat organisasi akan menjadi faktor motivaasi yang mendorong anggota-anggotanya untuk terlibat secara bersungguh-sungguh dalam menignkatakan produktiviti dan kualiti. Peter Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'. Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan perniagaan mereka.

Pembentukan budaya korporat yang sihat akan terjejas sekiranya prinsip 'tidak memudaratkan' atau 'do no harm' tidak diamalkan.

Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan:

Niat Yang Betul

Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut diatas dan agar dia mendapat keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek kehidupannya.

Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud:

`sesungguhnya amal itu bermula dengan niat'

Al-Adl Wal Ihsan

Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan `Al-Adl Wal Ihsan' atau keadilan dan ihsan.

Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an:

`sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi karib kerabat, dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. Dia mengajarkan kepadamu agar kamu mendapat peringatan'(surah an-nahl, ayat 90).

Ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi daripada ayat diatas:

1. Kita disuruh melakukan keadilan

2. Kita disuruh melakukan kebajikan

3. Kita disuruh memberi sadaqah

4. Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar

5. Kita dilarang membuat kezaliman

Oleh itu dalam kegiatan perniagaan kita harus melaksanakan keadilan, kebajikan, memberi sadaqah, serta tidak melakukan yang keji, mungkar atau menzalimi diri kita atau orang lain.

Keadilan Dalam Perniagaan

Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at Islam. Ini

Oleh itu keadilan dalam konteks perniagaan memberi implikasi berikut:

1. Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan

Tindakan dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah dan kebenaran adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang samada pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan dan perpecahan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar.

Dengan sifat ini usahawan akan mendapat untung yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.

Rasulullah telah bersabda:

`penipuan membawa kepada neraka'

Oleh itu sebarang bentuk penipuan adalah haram.

Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa dengan seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya kedalam dan mendapati gandum dibawah basah. Baginda telah menegur penjual itu kerana tidak meletakkan gandum yang basah itu diatas supaya pembeli dapat melihatnya.

Baginda kemudiannya telah bersabda:

`barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golongannya'

Baginda juga telah bersabda:

`Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang-orang yang benar dan para syuhada'

Surah Al-Mutaffifin

Amatlah jelas sekali pandangan Islam terhadap etika perniagaan apabila kita mengkaji ayat-ayat alquran yang di turunkan sebagai pertunjuk kepada manusia. Selain daripada banyak ayat-ayat dalam alquran yang menggariskan prinsip-prinsip dan etika perniagaan terdapat satu surah dalam alquran yang di beri nama `almutaffifin' yang memerlukan satu penelitian yang mendalam.

Almutaffifin Bermakna Orang Yang Curang.

`Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(curang dalam menakar dan menimbang')

Iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta di penuhi

Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi

Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan di bangkitkan

Pada suatu hari yang besar

Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin

Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran:

  1. Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan
  2. Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya
  3. Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti
  4. Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak AKAN MENIPU dan berlaku zalim dalam perniagaan
  5. Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.

MENYOROK BARANG DIHARAMKAN

Termasuk dalam sifat amanah dan benar ialah tidak menyorok barang. Dalam hadis Rasulullah:

`sesiapa yang menyorok barang dia berdosa'.

Menyorok barang adalah berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana ia menyebabkan:

1. Kekurangan barang yang dikehendaki oleh masyarakat.

2. Menyebabkan harga akan meningkat dan tekanan terhadap kadar inflasi.

KAEDAH PEMASARAN YANG BERETIKA

Adalah selari dengan konsep amanah dan benar dalam perniagaan bagi seseorang usahawan untuk memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam.

Seseorang usahawan, umpamanya harus memastikan bahawa sebarang bentuk pengiklanan atau promosi benar-benar mencerminkan kualiti dan kandungan barangan atau perkhidmatan agar seseorang pembeli itu tidak merasakan bahawa ianya ditipu.

Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual.

Kaedah pemasaran yang beretika dalam Islam juga menuntut agar menggunakan wanita dalam media cetak dan elektronik sebagai bahan pelaris atau untuk menarik masyarakat membelinya adalah di larang sama sekali. Kaedah ini akan merosakkan jiwa dan akhlak remaja khususnya dan meningkatkan gejala-gejala sosial dalam masyarakat.

Kaedah Fiqh yang berbunyi `Menutup pintu-pintu kerosakkan' haruslah di jadikan panduan.

TIDAK MENGURANGKAN TIMBANGAN

Usahawan muslim harus memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak mereka sejajar dengan harga yang mereka bayar;

`celakalah bagi orang-orang yang suka mengurangi takaran. Iaitu orang-orang yang kalau menerima takaran dari orang lain selalu meminta yang penuh (cukup dan tidak kurang sedikitpun), tetapi kalau menakarkan untuk orang lain, pasti dikurangi. Apakah orang-orang itu tidak mengira (menyakini) bahawa mereka itu pasti akan dibangkitkan dari kuburnya, yakni pada suatu hari yang penuh pancaroba' (surah al-mutaffifin : 1 - 5).

GHARAR(3)

Oleh kerana terlampau ghairah untuk mendapatkan keuntungan maka pembeli sering melakukan `gharar' iaitu dengan mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar.

Allah Telah Berfirman:

`Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan perniagaan yang dilakukan suka sama suka diantara kamu (surah an-nisa', ayat 26).

2. Tidak Terlibat Dengan Amalan Riba

Seseorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Memang tidak dinafikan perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa membuat pemilihan dari sumber-sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan ditanggung.

Di Malaysia sumber-sumber pembiayaan yang bebas dari riba semakin meluas. Usaha perlu dibuat oleh usahawan untuk mengenalpasti sumber-sumber ini dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin.

__________________________

(3) Mansor Mahsin, 'Undang-undang Perdagangan Dalam Islam'

Pembiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:

1. Pembiayaan projek

a. Mudharabah

b. Musyarakah

2. Pembiayaan memperolehi aset

a. Mudharabah

b. Musyarakah

c. Bai'bithaman ajil

d. Ijarah

e. Bai' al-ta'jiri

3. Pembiayaan perdagangan

4. Gadaian atau ar-Rahn

5. Jualan salam

BIMB menyediakan kebanyakkan daripada pembiayaan-pembiayaan ini untuk usahawan Islam dan bukan Islam. Riba adalah amalan yang dikutuk oleh Allah. Ia di haramkan oleh Allah dalam empat peringkat. Peringkat yang terakhir adalah seperti berikut:

`Wahai orang-orang yang beriman! Taqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa dari riba itu, jikalau benar-benar kamu orang-orang yang beriman . Tetapi jika tidak kamu kerjakan begitu, maka terimalah satu pernyataan perang dari Allah dan rasulnya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka bolehlah kamu ambil pokok harta kamu; tidak kamu dianiaya dan tidak pula kamu menganiaya'(surah al-baqarah, ayat 278-279)

3. Tidak Menzalimi Pekerja

Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawaban serta partisipasi daripada pekerja kita untuk mrncapai matlamat ini bukanlah satu yang payah. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka. Apabila pekerja mereka merasakan mereka dizalimi maka kita akan dapati pekerja mereka yang berpengalaman akan mulai mencari jalan keluar dan berhenti kerja.

Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita?

  1. Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat. Kadar inflasi seharusnya diambil kira dalam membuat perubahan yang sesuai terhadap gaji pekerja.
  2. Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. Pengurusan partisipasi atau participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Sesebuah firma atau kilang yang besar seharusnya memikirkan untuk mewujudkan qcc(quality control circle) atau kumpulan pengawasan kualiti yang melibatkan pandangan semua pekerja. Sebagai seorang pekerja yang diberikan sesuatu tugas yang spesifik sudah tentu mereka berhadapan dengan masalah dan keperluan yang tersendiri. Seseorang usahawan sudah tentu tidak mengetahui setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya walaupun pernah terlibat dalam kerja tersebut kerana perubahan-perubahan dan suasana-suasana baru.
  3. Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.
  4. Ini amat perlu agar setiap pekerja merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu pasukan dan tidak timbul perselisihan atau pergaduhan sesama mereka. Ini untuk mengelakkan daripada menurunknya semangat dan morale pekerja untuk bekerja.

    keselamatan dalam bekerja adalah amat penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walaupun ini bermakna kos pengeluaran akan meningkat.

  5. Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya.

4. Tidak mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan yang haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan tujuan syari'at.

`wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang bagi kamu'(al-baqarah, ayat 168)

`wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya(al-baqarah, ayat 172)

Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari'at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa'lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa'sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

5. Kualiti

Islam sangat menekankan kualiti sebagaimana yang disebut dalam ayat-ayat diatas dan tujuan syari'at.

Dalam ayat yang lain, al-Qur'an sekali lagi menegaskan bahawa yang lebih utama dalam hidup seseorang insan ialah mengutamakan amalan atau pekerjaan yang lebih berkualiti sebagaimana yang tertera dalam surah al-mulk, ayat 2

`dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya...'

Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral, dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapi banyak masalah termasuk anak-anak kita nanti.

Kita tidak mahu masyarakat yang berpenyakit dari semua sudut.

Masalah keracunan makanan, penyakit kanser, etc adalah berpunca daripada bahan yang tidak berkualiti.

Tindakan undang-undang akan dihadapkan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.

Diharamkan arak dan judi

`mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manafa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manafa'atnya.'(surah al-baqarah, ayat 219)

Termasuk yang diharamkan ialah menggunakan input-input yang diharamkan seperti diatas dan dibawah ini untuk mengeluarkan sesuatu produk yang halal.(al-ma'idah 1, 3)

6. Pengguna yang Kritikal dan Aktif

Sebagai seorang usahawan kita harus faham bahawa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tetapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna, kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk kita bagi mengelakkan kita daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk kita.

7. Memenuhi Kontrak Yang Dibuat

Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain.

`Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan janganlah kamu rosakkan sumpah kamu sesudah kukuhnya, padahal kamu telah menjadikan Allah jadi jaminan bagimu' (surah an-nahl, ayat 91)

`hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu'(surah al-ma'idah, ayat 1)

  1. Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.
  2. walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan satu ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah kita tunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun kita terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang kita sedang lakukan.

    (i) Sembahyang

    `Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk sembahyang pada hari jum'at, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui'(surah al-jumu'ah, ayat 9)

    Cari rezeki selepas ditunaikan sembahyang

    `maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya'(surah al-jumu'ah, ayat 10)

    (ii) Zakat Perniagaan

    Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syari'at Islam, (yang bebas daripada riba dan produk serta perkhidmatan yang halal)

    `Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan diantara kebaikan untuk dirimu(surah al-baqarah: ayat 110)

    `Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli pada hari itu, tak ada persahabatan dan tak ada pertolongan'(surah al-baqarah, ayat 254)

  3. Kontrak Yang Jelas Dan Sah

Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan diantara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.

Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:

a. Sempurna rukun dan syarat

b. Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak

Rukun secara umumnya:

a. Penjual

b. Pembeli

c. Barang yang dijual

d. Harga

Syarat (contohnya)

  1. Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini, bapa atau penjaga boleh menguruskannya.
  2. Orang yang tidak disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.
  3. Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
  4. Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.
  5. Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.

10. Segala Bentuk Perjudiaan di Larang

segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.

`hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan'(surah al-ma'idah, ayat 90)

11. Harga yang Adil

Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli.

Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.

Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak dapat memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan.

Menaikkan harga tanpa sebab yang manasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.

Usaha perlu dibuat oleh pengusaha muslim untuk membantu kerajaan menstabilkan harga. Ini akan mebantu menarik pelabur luar melabur Di Malaysia.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?

Masalah sekarang ialah masalah perlaksanaan. Ada tiga cara untuk memastikan perlaksanaan.

  1. Peniaga atau pengusaha
  2. Pengguna atau pembeli
  3. Peranan kerajaan

  1. Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca dan memahami apa yang di gariskan oleh syariat Islam
  2. Mereka harus yakin bahawa mereka akan di hadapkan kepada Allah swt di hari akhirat nanti dan akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah swt. Oleh itu mereka harus melaksanakan dan mengamalkan apa yang di tentukan oleh Islam. Tanpa keyakinan ini, kita akan lihat berlakunya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam dan peniaga-peniaga dan pengusaha akan mencari kaedah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan etika dan prinsip perniagaan Islam terutamanya apabila ia melibatkan kos, tenaga dan masa
  3. Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Mereka harus bertindak secara aktif dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna dan memberikan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memantau perlaksanaan etika perniagaan sekiranya terdapat penyelewengan-penyelewengan.
  4. Peranan kerajaan adalah seperti berikut:

- menyediakan garis panduan yang jelas den lengkap mengenai etika perniagaan untuk di edarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha

- memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya

- membentuk agensi atau badan untuk memantau perlaksanaan garis panduan tersebut dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsur diskriminasi

- menyediakan ruang bagi orang ramai untuk menyuarakan bantahan dan memberikan maklumat sekiranya terdapat penyelewengan.

KESIMPULAN

Diharapkan kegiatan keusahawanan bermula dari niat kita,falsafah, matlamat, hubungan dengan pihak pekerja,pengeluaran,pembiayaan,perancangan dan pengawalan, pengiklanan dan sebagainya adalah berasaskan Islam. Ini sesuai dengan ayat al-Qur'an:

`Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecualli dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah an-nisa' ayat 29)

`Wahai orang-orang yang beriman masuklah dalam Islam keseluruhannya'

Sesunggunya kita semua akhirnya akan bertanggungjawab depan Allah SWT di hari Akhirat nant dan akan menerima balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini.

`Maha Suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Al Mulk, 1-2)

WALLAHUA' LAM.

No comments: