Wednesday, April 23, 2008

Apa itu (analog sildenafil)

Ketaksuban pengguna tentang ubat ubatan herba @ tradisional tentang (TENAGA BATIN) dewasa ini tanpa mengambil kira tentang KEMUDARATAN atau bakal berlaku tidak pernah diambil kira. Pengguna yang terlalu taksub dengan ubat perangsang seks dan sanggup membayar harga tinggi menyebabkan pelbagai jenama ubat haram muncul di pasaran.

Kebanyakan ubat haram itu diseludup dari luar, terutama China dan Indonesia, dengan sebahagiannya dimasukkan ke dalam bagasi tangan ketika menaiki kapal terbang.

Setiap bahan kimia ada kegunaannya, tetapi hendaklah dalam sukatan betul. Ubat tradisional tidak boleh dicampurkan dengan bahan kimia lain kerana mengundang bahaya kepada pengguna.

Penggunaan bahan kimia seperti sildenafil, tadalafil dan analog sildenafil dalam jumlah tinggi pada ubat perangsang seks boleh memberi kesan negatif seperti degupan jantung bertambah kencang dan tekanan darah meningkat, terutama bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi serta kencing manis.

Sildenafil, tadalafil, analog sildenafil adalah bahan yang sering digunakan dalam ubat kuat kerana keberkesanannya. Bagaimanapun, analog sildenafil iaitu satu bentuk kimia yang asalnya daripada sildenafil mempunyai kesan lebih cepat, namun kesan mudaratnya juga dapat dilihat lebih cepat.

Lelaki atau kaum Bapa yang mengalami masalah mati pucuk atau ingin mencuba ubat mengandungi bahan itu perlu berhati hati serta diminta atau dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Doktor tidak akan memberi kebenaran sembarangan kalau individu terbabit tidak mempunyai disfungsi erektil.

Sebenarnya, jika fizik seseorang itu normal, ubat mengandungi racun tertentu tidak begitu bahaya, tetapi jika pengguna itu ada masalah jantung atau buah pinggang, ia akan memberi kesan negative, boleh membahayakan pengguna.

Sedikit panduan, pengguna yang ingin membeli ubat perlu memastikan produk mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL.

Katanya, ubat bukan racun (OTC) ditanda huruf ‘X’ di hujung nombor pendaftaran, manakala ubat tradisional ‘T’, ubat terkawal ‘A’ dan kosmetik ‘K’.

Melalui pemeriksaan penguat kuasa Bahagian Farmasi, ada syarikat menggunakan pendaftaran palsu bagi ubat bukan racun, iaitu XXL di hujung nombor pendaftaran.

Selain itu, semua produk mesti mempunyai label ‘Hologram Meditag’ yang disahkan Kementerian Kesihatan, kecuali produk kosmetik dan produk penjagaan luaran iaitu anti jerawat, anti kelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria.

Pengguna perlu berhati-hati dengan ubat tradisional tidak berdaftar.

Misalnya, Ubat Papan dari Indonesia. Ia mengandungi steroid. Walaupun berkesan menguatkan seks, pada masa sama ia mempercepatkan pereputan tulang dan menyebabkan tulang mudah patah.

Pelbagai Viagra tiruan turut dikesan dijual di pasaran tempatan yang kebanyakannya berasal dari China dan dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada Viagra tulen.

Sebiji pil Viagra tulen yang paling kuat keberkesanannya ialah 100 miligram (mg), tetapi Viagra palsu pula 500 mg, iaitu kadar yang tidak munasabah. Ia umpama memasukkan enjin lori ke dalam kereta Kancil.

Ada juga peniaga menawarkan ubat seks dengan mendakwanya sebagai ubat tradisional melalui jualan secara langsung, tetapi jika ubat tradisional dijual antara RM8 hingga RM10 sebiji, ia terlalu mahal dan ternyata berlaku penipuan.

Sebenarnya, ubat farmaseutikal lebih selamat kerana mengandungi racun berjadual, berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), mementingkan keselamatan dan aplikasi sementara ubat tradisional pula, dinilai daripada keselamatan dan kualiti.

Mengingatkan para pengguna, ubat perangsang seks palsu serta ubat tiruan mengandungi racun seperti sildenafil, tadalafil dan steroid banyak dijual di kaki lima jalanan, toko ubat dan kedai runcit.

Pengguna yang ingin tahu sama ada produk yang dipasarkan berdaftar atau tidak boleh memeriksa laman web cawangan Penguat Kuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan di www.pharmacy.gov.my.

Maklumat diperolehi dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan

UBAT PERANGSANG SEKS YANG DIBATALKAN PENDAFTARAN
1. Shitek Tongkat Ali Plus (Capsule 400mg)
2. Longeria Capsule
3. Oyster Plus
4. Orgacare Unik Plus 1
5. Cheng Fui Yen
6. Baikewan
7. Shentann
8. Burung Merak Emas Hua dan Tablet Ubat Batuk
9. Golden Lion
10. Herb — U
11. Ching Du Yan
12. Tongkat Ali Plus


UBAT PERANGSANG SEKS TIDAK BERDAFTAR
1. America Play-Girl
2. Cap Naga
3. 999
4. Dieda Zhentong Gao
5. Joi
6. Ju Wu Ba
7. Kuangqingfen
8. Lang Yi Hao
9. Young’s Return Capsule
10. Shexiang Zhitongtiegao
11. Storm
12. Ubat Cap Harimau
13. Ubat gambar labah-labah
14. Warrior Performance
15. Wu Biau Li
16. Zhuang Gu Gao
17. Balpirik Ekstra Kuat
18. Esha Ekstrak Kapsul
19. Esha Khusus Untuk Priya
20. Mixagrip
21. Monalisa Kembali Gadis
22. Mustika Rapet
23. Pil Kita
24. Pil Manjakani Sari Rapat
25. Ubat Kuat Pil Kita

UBAT TRADISIONAL MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU
1. M-Man
2. Blue Boy
3. Stallion Capsule
4. Abang Boleh
5. V-Stone
6. King Kong Energy Tablet
7. Hero Bau Dan
8. Strong Man
9. New Rambo
10. Da Zhang Fu
11. Joi

KESAN BAHAN KIMIA ATAU RACUN YANG DIHARAMKAN JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN:

Tadalafil

Kesan mudarat bagi mereka yang menghadapi masalah jantung dan kencing manis.

Steroid

Dadah yang mempunyai fungsi kuat hingga mempercepatkan pereputan tulang.

Cialis dan Sildanafil

Sakit kepala, sakit perut, masalah pernafasan, cirit-birit dan sakit tulang belakang.

Phentermine

Kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala.

Sibutramine

Kandungan pada ubat langsing yang boleh mengurangkan selera makan, tetapi mempercepatkan denyutan jantung dan meningkatkan tekanan darah.

6 comments:

Unknown said...

salam sejahtera. saya ingin bertanya tentang pembatalan tongkat ali plus. jenama tongkat ali plus manakah yg telah dibatalkan oleh Kementerian?? sy berharap agar dapat jawapan yg di alukan.. sekian.

Turmizi Zahari said...

Seks amat penting dalam kehidupan

James said...

Adakah trica coffee mendapat kelulusan kkm?

James said...

Satu lagi pertanyaan saya, gula2 yg bernama Candy B+ complex, ada kah produk ini selamat untuk di consume?
T. Kasih.

James said...

Adakah trica coffee mendapat kelulusan kkm?

Unknown said...

Apakah ubat yg d syorkn utk hbngn intim..tq