Friday, February 22, 2008

CARA PEMEROSESAN DAGING (BONING PROCESS)

CARA PEMEROSESAN DAGING (BONING PROCESS)


Cara pemerosesan dan pemotongan dilakukan secara tertutup & dalam bilik sejuk yang bersuhu 5°C, ini untuk mengelakkan pembiakkan bakteria yang boleh menyebabkan ketahanan serta kualiti Daging terjamin serta sihat untuk di guna. Cara nya adalah :-
1. Lembu hidup dihantar kerumah sembelih yang dikendalikan oleh JPH (Rumah sembelih Kerajaan)
2. Memohon permit kesihatan Binatang ternakan.
3. Lembu hidup di Kuarantin lebih kurang 2 hari dan Inspection dilakukan keatas binatang ternakan serta tahap kesihatan Binatang sebelum melakukan sebarang penyembelihan.
4. Kelulusan permit penyembelihan diluluskan/tidak diluluskan.
5. Menerima kelulusan permit serta sijil kesihatan untuk tujuan sembelihan.
6. Sembelihan dilakukan pada hari yang ketiga.

Selepas penyembelihan :-
1. Melapah & menyisip kulit binatang.
2. Mengeluarkan Isi perut ke bahagian mencuci.
3. Karkas di belah dua.
4. Karkas di belah menjadikan 4 keratan (2 HQ / 2 FQ)
5. Siap untuk di bawa keluar.

Proses deblasting Chill sebelum boning :-
1. Terima karkas bentuk keratan 4
2. Terus di simpan kedalam Transit Chiller. (lebih kurang 12 jam)

Proses boning :-
1. Karkas dikeluarkan kebilik boner.
2. Siapkan bucket serta peralatan untuk boning.
3. Boning dimulakan.
4. Pengasingan keratan dan di bungkuskan di dalam plastic Nylon (Vaccum Pack) untuk di simpan(Ageing) serta dilabelkan tarikh pengeluaran & penyimpanan.
5. Daging tersebut disimpan lebih kurang 7 hari ke 21 hari dalam suhu
+0°C ke max +2°C, ini adalah proses penuaan basah (Wet Aging) sebelum dijual kepada pengguna.

No comments: