Friday, February 22, 2008

MEMASAK










SILA KLIK IMAGE UNTUK BESARKAN GAMBAR...


Kita sering beranggapan memasak Steak Daging atau kambing begitu sukar, serta susah untuk dilakukan, dan kebanyakkan pengguna sering perap semalaman atau lebih, dipercayai itu lebih sedap, mungkin itu betul bagi kebanyakan pengguna, tapi tahukah anda dengan melakukan demikian ianya menyebabkan Daging anda itu rosak sebab segala rasa atau JUICE daging itu sudah ditelan oleh perapan(Marinade) anda, jadi untuk merasakan kesegaran rasa daging tiada lagi, kerana apa yang anda rasa hanyalah rempah yang diperap. Cuma daging itu saja yang kita kunyah.

Pernahkah anda makan di HOTEL HOTEL yang terkenal serta STEAK HOUSE yang establish, kebanyakkan CHEF atau tukang tukang masak yang professional tidak akan melakukan ini semua, mereka cuma marinade lebih kurang 3 minit dan terus di panggang & dibakar di atas dapur atau Charbroil, dan setelah anda makan anda mendapat JUICE serta rasa kesegaran Daging yang sebenar.

Oleh itu memasak Steak bukanlah satu HASSLE atau menyusahkan, ianya dimasak tak lebih dari 6 minit untuk (WELL DONE) 4 minit untuk (MEDIUM TO WELL) 2 minit (Medium) tapi awas sekiranya kita makan Steak WELL DONE itu adalah satu pembaziran Zat Zat serta vitamin yang terdapat dalam daging itu seperti anda memakan hampas. Jadi lebih baik makan banyak Sayur Sayuran dari memakan Daging Steak WELL DONE. Kepingan Steak yang baik serta lazat dan berkhasiat adalah yang dimasak tak lebih dari 3 minit setiap satu kepingan.

No comments: