Wednesday, April 9, 2008

Mencegah lebih baik dari Mengubati

PENGENALAN

Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.


TANDA-TANDA
Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia.

SEBAB-SEBAB
Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.

Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik..

Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti ' sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.

Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, pendarahan ulser perut).

Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.

Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.

Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.

Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.


LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Rujuk doktor di mana beliau akan menentukan sebab dan rawatan yang sewajarnya..


PETUA MENCEGAH
Makanlah makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati. Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.


FAKTOR PENYEBAB

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain .

Antara faktor-faktor penyebab ialah :

Bulu binatang

Debu atau habuk

Perubahan cuaca

Senaman

Merokok dan asap rokok

Debunga

Jangkitan saluran pernafasan Makanan / Buah-buahan tertentu

Tekanan perasaan

Ubat tertentu


GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA

Batuk ( terutama di waktu malam atau semasa cuaca sejuk )

Susah bernafas ( sesak nafas )

Nafas berbunyi ( wheezing )

Rasa ketegangan di dada


KAWALAN ASMA

Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal. Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah " bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.


INGAT !!! Anda harus berjumpa doktor sekiranya ; Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil . Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .

Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa . Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .


TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.


TANDA-TANDA Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.


KOMPLIKASI
Angin ahmar ( stroke ).
Serangan jantung.
Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
Kegagalan buah pinggang.


SEBAB

Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
Keturunan.
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
Merokok.
Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
Stres yang berlebihan.
Diabetes.
Penyakit buah pinggang.
Penyakit adrenal.
Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.


LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Berhenti merokok.
Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
Kurangkan pengambilan garam.
Bersenamlah selalu.
Kurangkan stres atau tekanan.

Jika anda menerima erawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.

Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.


PETUA MENCEGAH
Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
Jangan merokok
Jauhi alkohol.
Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya. Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.


SAKIT BELAKANG

Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf.

Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.


TANDA-TANDA

Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.


SEBAB-SEBAB
Kecederaan otot, seperti:

* Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.

* Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.

* Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.


Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.
Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.

Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.


LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
Mengamalkan postur ( posisi badan ) yang baik.
Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Masaj bahagian yang sakit dengan minyak , krim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.

Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.

Selalulah bersenam.Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infra red, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.

Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.

Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.


PETUA MENCEGAH
Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.

Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.


Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.


Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH.


Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.


JENIS JENIS PENYAKIT TAIROD

1 Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

2 Hypothyroidism


PENYAKIT THYROTOXICOSIS

Thyrotoxicosis berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan dan organ. Gejala ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki dan sering terjadi semula. Jika penyakit ini tidak dirawati, ianya akan membawa kepada komplikasi yang lebih serius.

Mereka yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
Usia lebih 60 tahun
Merokok


GEJALA
Bengkak di leher
Tidak tahan panas
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Konsentrasi kurang
Kulit lembap
Lemah dan sukar tidur
Mata menjadi besar
Mood yang tidak menentu
Kejang otot , cirit bagi sesetenganh kes
Resah dan gelisah
Oesteoporosis
Pengeluaran peluh yang banyak dan tangan terketar-ketar
Rambut tidak kuat
Turun berat badan walaupun selera naik


KOMPLIKASI
Kerosakkan jantung.
Hakisan tulang atau tulang menjadi nipis.

Penyakit mata semakin teruk walaupun diberi rawatan.


SEBAB

Sebab-sebab terjadinya penyakit thyrotoxicosis ini belum lagi diketahui sepenuhnya, tetapi merujuk kepada:
Gangguan pada sisitem imuniti yang mencetuskan pengeluaran berlebihan hormon tairod.
Pembesaran nodul dalam kilang tairod.


RAWATAN Ubat
Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar,

mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah
Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism

Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman Radioaktif iodine Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.

Pembedahan Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.

Pemakanan
Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang
Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma)
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol
Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti passionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit dan ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)


PENYAKIT HYPOTHYROIDISM Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah.

Antara penyebabnya ialah :
Chronic autoimmune thyroiditis - pembengkakan dan kerosakkan tisu tairod.
Kurang iodine dalam pemakanan
Radiasi
Rawatan radioaktif iodine
Thyroid gland dibuang Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism
Badan rasa lemah
Daya ingatan menurun
Hilang deria rasa dan bau
Kadar pengepaman jantung perlahan
Kulit jadi kuning - lesu, pucat
Kulit kering
Masalah kesuburan
Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
Kejang otot dan bengkak
Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
Pendarahan haid banyak (heavy period)
Percakapan lambat
Pertambahan berat badan
Rambut gugur
Rasa mengantuk
Rendah nafsu seks
Sakit kepala
Sembelit ;Suara menjadi serak; Tak tahan sejuk .

Rawatan

a Ubat thyroxine (Jenama original Oroxine) diberi sekali sehari

b Ambil lebih iodine dalam makanan (makanan laut dsb.)

c Pengambilan herba untuk merawat tanda-tanda seperti horsetail.

Bertanya dari SMS

SMS on : 08/04/2008 - 08:10 PM (Tuesday)
From : +60132815517
Soalan : Askum, btnya ni..zat besi tu apa huraiannya.

Jawapan :-

FUNGSI Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan. Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. SUMBER Sumber terbaik zat besi berasaska makanan ialah hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan. KEKURANGAN

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :

Keletihan, lemah badan
Berdebar, sakit dada.
Kesukaran bernafas.
Anemia.

Vitamin dan zat galian adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Bagi orang dewasa kerperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil.

Terdapat berbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, US Academy of Science telah menggunapakai RDA (Recommended Daily Allowance) atau keperluan harian yang disyorkan yang mana ianya menentukan kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan. RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.

Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi vitamin dan mineral secukupnya daripada makanan tersebut.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara yang betul atau disyorkan oleh doktor anda untuk mengambil tambahan vitamin dan mineral, anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral ini yang dijual di Farmasi tanpa preskripsi dari doktor.

BILAKAH KITA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL

Pertama sekali kita hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan. Kekurangan vitamin dan mineral. Wanita mengandung dan menyusukan bayi. Bayi pra matang.

Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Kegagalan buah pinggang yang mana memerlukan makanan rendah protin, lemah daya penyerapan, kekeringan atau dehidrasi yang mana memerlukan potassium/sodium dan beberapa jenis garam galian yang lain. Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan. Bagi vegetarian yang mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan mengalami kekurangan vitamin B

KESAN SAMPINGAN

Ramai yang menganggap bahawa vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.

Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyababkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.

Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita mengandung menyebabkan kecacatan.
Vitamin D yang diambil berlebihan boleh menyebabkan simpanan luar biasa kalsium pada tisu lembut, dinding salur darah dan buah pinggang. Ia juga merencat tumbesaran pada kanak-kanak.

Berlebihan dalam pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya palpitasi adalah tinggi dan simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyababkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis.

Pengambilan potasium/sodium menyebabkan gangguan yang serius kepada rentak denyutan jantung dan merosakkan saraf/buah pinggang.

PERHATIAN

Sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini kepada badan anda hasil daripada pengambilan vitamin dan mineral tersebut. Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

FUNGSI Potassium Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.

Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

SUMBER Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

KEKURANGAN Kekurangan potassium boleh menyebabkan :

Keletihan, lemah badan. Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal. Kulit kering, tekanan darah rendah. Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.

FUNGSI iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.

Badan kita biasanya mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.

SUMBER Iodine terjadi dalam jumlah yang berbeza yang terdapat dalam makanan dan air minuman. Makanan laut seperti udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik.

Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.

KEKURANGAN iodin boleh menyebabkan :

Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kilang tairod. IQ rendah. Hypothyroidism. Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak.

FUNGSI Kalsium Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.

SUMBER Kebanyakkan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik. Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu.

KEKURANGAN kalsium boleh menyebabkan :

Kejang otot pada muka , tangan dan kaki. Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur. Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa.

FUNGSI Folik Asid Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

KEKURANGAN folik asid boleh menyebabkan :

Sakit disekeliling mulut. Sakit lidah. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak. Anemia.

FUNGSI Biotin Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain. Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.

Biotin juga memelihara agar kilang peluh, tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot.

SUMBER Biotin diperolehi daripada ragi yang ditapai, telor putih yang dimasak, daging, susu, ternakan ayam dan itik, ikan air masin, kacang soya, dan biji-bijian.

KEKURANGAN Biotin boleh menyebabkan :

Keletihan dan lemah badan. Kurang selera makan. Rambut gugur. Bengkak lidah Ruam kulit (eczema). Gangguan emosi.

FUNGSI Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.

SUMBER Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin K boleh menyebabkan :
Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.

FUNGSI Vitamin E Ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
Penuaan kulit sebelum masa.
Rambut gugur
Anemia.

FUNGSI Vitamin D Salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

SUMBER Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan :
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

FUNGSI Vitamin C Ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

SUMBER Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia

FUNGSI Vitamin B12 Atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.

SUMBER Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik . Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians .

KEKURANGAN Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Megaloblastic anaemia.
Sakit mulut dan lidah.

Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
Gangguan mental dan emosi..

FUNGSI Vitamin B6 Ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi.

SUMBER Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempeh.

KEKURANGAN vitamin B6 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Kegelisahan.
Depressi ( rasa tertekan).
Penyakit kulit.
Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
Anemia.
Sawan, pada bayi.

FUNGSI Vitamin B5 Juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" , pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan. Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma. Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).

SUMBER Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Sakit kepala.
Loya , muntah.
Sakit abdomen
Lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan.
Kebas dan sesemut pada kaki.
Kejang otot.

FUNGSI Vitamin B3 Atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga sebagai menambah ingatan.

SUMBER Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma, telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang, tomato, gandum, dan hasil gandum.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.

FUNGSI Riboflavin Adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.

Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.

SUMBER Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran, dan lembap dalam tindakbalas mental.

FUNGSI Vitamin B1 Atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

SUMBER Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis,kacang, tepung yang diperkayakan ,ikan kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan vitamin B1.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

FUNGSI Vitamin A Adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur. Ia boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A. Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

SUMBER Vitamin A boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.

Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah.

KEKURANGAN Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.

No comments: