Friday, February 22, 2008

CARA MEMILIH DAGING































Carta keratan Daging Lembu & Kambing diatas dirujuk kepada keseluruhan keratan atau specifikasi keratan antarabangsa ianya terbahagi kepada 3 kumpulan bahagian setiap seekor binatang tersebut :-
1. Primal ( terdapat di peha Hadapan & Belakang HQ & FQ )
2. Sub Primal ( terdapat di peha belakang sahaja HQ )
3. Non Primal ( terdapat di peha hadapan sahaja FQ )

Secara lumrah serta kebanyakkan pengguna akan memilih daging yang lembut untuk dinikmati. Oleh itu pemilihan Daging adalah kunci utama untuk pengemar pengemar Daging dapat menikmati masakan serta hidangan yang lazat serta memuaskan adalah penting.

Tahukah kita makanan utama BACTERIA.
Makanan utama BACTERIA adalah daging segar, jadi sama sekali kita tidak boleh meletakkan atau mempamirkan Daging yang disembelih itu secara terbuka. Ini akan menyebabkan pendedahan Daging berikut kepada Suhu yang digemari oleh BACTERIA, maka disitulah kesilapan utama kita, yang menyebabkan zat zat diambilalih oleh BACTERIA tadi. Memang betul bila kita masak BACTERIA itu akan mati, tapi kita harus ingat, BACTERIA telah mendahului kita mengambil zat zat makanan dari Daging itu, so kita hanya makan HAMPAS.

JADI ELAKKAN MEMBELI DAGING LEMBU/KAMBING DITEMPAT TERBUKA.
(Expose to the normal temperature)

Q-A ???
Jadi nak beli dimana....
Ini adalah sekadar nasihat, untuk mengikut atau tidak bukan satu paksaan atau mesti diikuti, tapi jika boleh belilah dari PENJUAL daging yang kelihatan bersih dari segi fizikal dan kawasan sekitar, itu masih belum mencukupi kerana jika tempat itu kelihatan bersih namun SUHU adalah yang utama, jika tempat menjual daging itu dijual secara terbuka(exposed) kepada suhu yang biasa itu amat dikhutiri Infeksi BACTERIA begitu besar, dan Daging yang tergatung dan terletak kelihatan sedikit gelap dan pucat itu menandakan BACTERIA telah menakluki Daging tersebut, jika boleh belilah Daging anda di tempat yang mempamirkan Daging (Seperti gambar diatas) ianya lebih selamat dan terjamin dari segi kebersihan & kesihatan anda. Juga perlu diingat jika anda membeli (PERISHABLE) item ini belilah barangan ini yang terakhir sebelum meninggalkan Pasar atau Pasaraya tersebut.


Insyallah (bersambung)

No comments: